Assalamualaikum wbt
Aku slalu gebang kat sini kan.... salah satu hobi aku adalah membaca blog orang... ada blog yang aku memang suka and terus jadik follower... ada blog yang aku hanya jengah sekali-sekala... dan ada juga yang aku jengah sekali pastu tak jengah-jengah dah..... satu benda yang aku perasan, semakin femes sesuatu blog, semakin ramai reader dan followernya, maka semakin meriahlah haters berbekalkan gelaran anonymous atau nama-nama lain yang jauh menyimpang dari identiti sebenar.....
blog aku dikategorikan sebagai langsung tak femes sebab aku cukup malas nak promote blog sendiri dan update tentang perkara-perkara yang informatif.... tapi aku suka dan selesa sebegitu kerana tujuan aku blogging pun sekadar nak membebel secara gembira dan merekod peristiwa-peristiwa peribadi yang aku rasa boleh dibaca suka-suka di kemudian hari.... akan tetapi, setelah aku menerima beberapa komen yang tidak menggembirakan dan menyenangkan hati membuatkan aku berfikir, apakah perkara positif yang boleh aku pelajari dari situasi ini.... [oh, sebenarnya ada beberapa komen dari encik/puan anonymous tapi rasanya tak perlu laa aku publish kerana hanya akan menjurus kepada fitnah dan persengketaan...]
sebagai manusia biasa, of cozzzz hati aku terguris bila dihina dan dikeji.... aku bukan robot okeh, like boleh delete jer segala memori yang tidak disukai tanpa meninggalkan sebarang kesan di sanubari.... tapi kita boleh pilih apakah reaksi yang nak diambil.... membalas sindiran.... berdiam diri.... atau memaafkan seikhlas hati.... in reality aku seorang yang panas baran.... tapi aku selalu berharap untuk berubah dan perbaiki diri.... mungkin pengharapan yang selalu disuarakan itu telah menjadi satu doa..... lantas aku diberikan ujian ini.... yer laa, kata nak berubah kan.... setakat cakap jer mana nak jadi..... kena laa tahu teori dan buat praktikal sekali..... so sebagai permulaan kita practice di alam maya dulu..... mudah-mudahan ia akan menjadi latihan yang berguna kepada aku untuk menerapkan sifat sabar dalam diri di alam realiti.... so, secara tidak langsung aku perlu berterima kasih kepada encik/puan anonymous kerana membantu aku memperbaiki diri.... after all, hidup di dunia ni terlalu singkat untuk dipenuhi dengan dendam dan kebencian.... marilah kita sama-sama saling bermaafan..... ~cheers :)
No comments:
Post a Comment